Rita Rudaini Komen Isu Guru Tunjal Kepala Murid Dalam Majlis Sekolah-“Seorang Pendidik Tak Akan Malukan…”

Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial yang memeparkan seorang guru yang sedang memarahi dan melempang murid di hadapan orang ramai di perhimpunan.

Video yang tular itu turut mendapat respon oleh pelakon, Rita Rudaini menerusi Insta Stories, yang berpendapat seorang pendidik tidak akan memalukan dan menjatuhkan keyakinan diri seorang murid di khalayak ramai.

“Rata-rata komen mesti nak bandingkan cikgu dulu dan cikgu sekarang. Tak boleh. Pada sis, satu je, seorang pendidik tidak akan memalukan dan menjatuhkan self confident seorang murid di khalayak ramai. Macam mana nakalnya murid tu, bukan begitu caranya.

Apa pelajaran yang budak tu dapat dari guru tu adalah cuma ‘malu, hilang keyakinan, dan semangat diri dan lebih kepada dendam’.

Nak tegur atau bagi pengajaran, bukan memalukan seorang budak yang belum matang di khalayak ramai.”-tulis Rita di Insta Stories

 

 

KPM Jalankan Siasatan

Dipetik dari laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian dan kini sedang menjalankan siasatan terhadap video yang sedang tular di media sosial itu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.”-Kata KPM kepada Harian Metro

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang guru menampar murid ketika berada di atas pentas.

Difahamkan tindakan berkenaan adalah atas kesalahan tidak berdiri dengan tegak ketika perhimpunan sedang diadakan.

Video yang tular itu dirakam oleh seorang guru yang tidak bersetuju dengan tindakan dan kaedah pentadbiran sekolah rendah berkenaan.

Apa komen anda? Adakah anda setuju dengan tindakan guru berkenaan yang memukul kepala murid hanya disebabkan tidak berdiri tegak ketika perhimpunan berlangsung?

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titok

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*