Tengku Permaisuri Hajah Norashikin merupakan Tengku Permaisuri Selangor dan isteri kepada Sultan Selangor yang ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 dalam satu majlis tertutup di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Pasangan diraja tersebut telah berbincang terlebih dahulu bahawa mereka ingin majlis itu diadakan secara privasi dan bersederhana, yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan. Baginda juga memandu sendiri ke masjid tanpa pengiring diraja, sambil memakai pakaian kerjanya dan hanya menukar pakaian perkahwinannya di sana.
Daripada perkahwinan sebelumnya dengan seorang juruterbang Etihad Airways, Mustapha Kamal Halim, baginda mempunyai dua orang anak iaitu seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki, masing-masing bernama Nur Amanda dan Adam Salleh.
“Vibing Along Pun Still Nampak Class”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rasydanzackaria yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 195 ribu, tanda suka sebanyak 5562 dan hampir 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Permaisuri Selangor bersama anakandanya kelihatan sedang menikmati konsert Anuar Zain sambil bernyanyi bersama-sama.
https://www.tiktok.com/@rasydanzackaria/video/7310949745701309698
Rata-rata rakyat teruja melihat gelagat Tengku Permaisuri Selangor itu. Mereka juga mengatakan bahawa pernampilan Tengku nampak Class walaupun ketika menghadiri konsert itu.
“Ni kalau Permaisuri join standing, memang hebat la AZ ni.”
“Cantiknya in Hijab, sweet sangat real queen, icon in modesty”-kata mereka
Apa-apa pun, Tengku Permaisuri Selangor sememangnya seorang yang cantik, angun dan berkelas. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Titok
Leave a Reply