[VIDEO] Bukan Biasa-biasa! Ini Harga Kereta Mewah Ibu Neelofa Pergi Ke Kebun

Apabila bercakap mengenai kehidupan selebriti yang bergelar usahawan, kita tidak hanya fokus pada kisah perjalanan kerjayanya. Gaya hidup mereka merangkumi semua aspek termasuk pemilihan kereta yang digunakan. Salah satu simbol kemewahan yang sering menjadi tumpuan ialah kereta mewah yang meluncur dengan anggun di jalan.

Bagi selebriti, kereta api mewah bukan sekadar alat pengangkutan. Kereta mewah adalah pilihan yang mencerminkan status, gaya hidup dan kejayaan mereka dalam dunia perniagaan yang diceburi.

LIhat sahaja kereta mewah yang dipandu oleh ibu kepada selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang menjadi bualan warganet di laman TikTok. Hanya untuk melawat kebun untuk melihat hasil tanaman, mata netizen bertumpu pada kereta mewahnya. Beliau bergaya menaiki kereta mewah Aston Martin DB11 V8 Coupe yang dipandu oleh suaminya.

Kartini menulis kapsyen;

“Lama dah tak datang kebun buah mama ni. Alhamdulillah kali ni datang durian dan rambutan dah berbuah”- tulisnya di ruangan kapsyen video

https://www.tiktok.com/@noorkartini66/video/7309678350035864840

 

 

 

 

Peminat Kartini di laman TikTok teruja dan kagum melihat video tersebut.

 

 

 

Aston Martin DB11 V8 Coupe

Bukan biasa-biasa harga kereta mewah ini! Menurut tinjauan kami di laman sesawang laman kereta mewah, Aston Martin DB11 V8 Coupe dijual di pasaran Malaysia pada harga mencecah RM2 Juta.

Aston Martin, nama yang mendominasi senario automotif dengan keanggunan dan kuasa yang tiada tandingan. Diasaskan pada 1913, Aston Martin telah melalui pelbagai era dengan watak dan kemewahan yang kekal tidak berbelah bahagi. Daripada James Bond memandu Aston Martin DB5 hingga berjaya di arena perlumbaan, jenama ini telah menulis sejarahnya sebagai simbol kekuatan dan keberanian.

Sekadar info, Kartini merupakan pengasas produk kecantikan Young & Glow Foundation serta pemilik bersama Naelofar Hijab yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Seperti yang dikongsikan oleh beliau kepada majalah Labur, kunci kejayaan beliau dalam dunia perniagaan adalah disebabkan oleh sikapnya yang penyayang, berdisiplin serta sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain itu, beliau juga sering bersikap positif dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan tanpa mengenal erti penat lelah. Oleh itu, sifat yang ditonjolkan oleh mak Neelofa ini patut dijadikan contoh oleh kita semua untuk berjaya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*