Memetik pesanan pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun, jangan takut untuk berkahwin, malah tempuhilah alam pernikahan dengan ilmu dan niat yang benar.
Ini kerana perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam.
Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.
Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggungjawab.
Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasangan bukanlah isu enteng. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini.
Aktres jelita Anna Jobling mengakui pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini membuatkan dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga.
Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, pengalaman tersebut membuatkannya lebih selesa dengan kehidupan solo berbanding memiliki pasangan.
Aktres berdarah kacukan Anna Jobling mengakui kes curang yang kerap dilaporkan berlaku membuatkan dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga.
Ujar pelakon berusia 23 tahun itu, dia juga turut mempunyai pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini dan ia membuatkan dia lebih selesa untuk hidup solo.
Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan.
Apabila ditanya, pelakon Syurga Itu Bukan Mudah tersebut berkata antara ciri-ciri lelaki yang tidak disukainya adalah suka berpura-pura atau hipokrit.
“Saya pernah kena curang beberapa kali. Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan,” katanya dalam sebuah temu bual baru-baru ini.
Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya. Saya paling benci individu hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat.
“Tiada sesiapa tahu semua benda tentang kehidupan dan hubungan peribadi saya.
“Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya. Kalau orang nak buat tanggapan sendiri, lakukan,” ujarnya.
Anna juga mengakui tidak menyukai dan mengelak daripada mempunyai hubungan dengan lelaki yang suka berpura-pura atau bersikap hipokrit.
Sebelum ini Anna sering dikaitkan dan didakwa mempunyai hubungan istimewa sengan aktor Meerqeen.
Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan rapat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Titok
Leave a Reply