Pempengaruh sensasi, Aisar Khaled baru-baru ini berkata dirinya banyak mempelajari sesuatu yang baru pada tahun ini. Banyak juga transformasi besar yang terjadi dalam hidupnya yang boleh dijadikan pelajaran berharga bagi Aisar.
Berdasarkan sebuah Instagram story yang dimuatnaik pempengaruh ini pada hari Selesa, Aisar akui dirinya tidak mahu bergantung pada pandangan orang ramai yang boleh membuatkan dia sendiri murung ketika mendapat kritikan negatif. Oleh itu, Aisar memutuskan untuk lebih menjaga kesihatan mentalnya.
Saya cuba buat yang terbaik tetapi disalah tafsir oleh lidah yang suka menghakimi.
Inilah yang saya harus terima sebagai seorang yang berpengaruh. Saya enjoy dengan proses, ia membuatkan saya menjadi orang yang lebih matang.
Pada masa yang sama, pemuda ini turut memohon maaf atas segala kesilapan yang perlaku dilakukan sepanjang dirinya menjadi influencer. Kata Aisar, dia tidak mampu untuk memuaskan hati orang ramai memandangkan dirinya hanyalah manusia biasa dan cuma dapat beri mana yang mampu sahaja ujarnya.
Sebelum ini, Aisar sempat dilabel penipu oleh netizen apabila hadiah-hadiah cabutan bertuah yang dijanjikan tidak ditunaikan dan sering ditunda berkali-kali.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Editor : Sheeba
Sumber: Titok
Leave a Reply