Juliana Evans & Anak-Anak Pakai Kostum ‘Wednesday Addams’ Cetus Rasa Teruja Peminat!-“Macam Anak Patung..”

Pelakon, Che’ Puan Juliana Sophie Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans mencuri perhatian ramai selepas berkongsi fotonya dirinya bersama kedua-dua cahaya mata di media sosial.

 

Menerusi hantaran di Instagram, Juliana Evans dilihat menggayakan kostum Wednesday Addams bersama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan bayi perempuannya, Saidatul’Ihsan Putri yang dilahirkan pada Jun 2023.

“Happy New Year from us! Wishing you nothing but beautiful moments, treasured memories, and all the blessings a heart can know ~ ❤️.”-kapsyen Juliana Evans di Instagram

 

“Macam Anak Patung Semuanya..”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja melihat kecomelan Tengku Kamiliah dan Saidatul’Ihsan Putri yang saling tak tumpah seperti wajah ibu mereka, Juliana Evans.

“Ingat pegang anak patung tadi 😍.”

“Comel.”

“U look like a barbie doll 😍.”

“Sooooooooo prettttttyyyyyy 🔥🔥🔥❤️❤️❤️.”

“Macam anak patung semuanya.”

“So Chantek sista. Your baby so cute.”

“Love it. Happy new year.”

Sekadar info, Che’ Puan Juliana Evans telah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Johor-Selangor, Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017. Pasangan ini turut dikurniakan dua anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine, dan Saidatul’Ihsan Putri.

Dah macam kakak dengan adik, Che’ Puan Juliana Evans tetap kelihatan anggun dan muda biarpun sudah menimang dua cahaya mata!.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*