Niat Pakai ‘Eyelash Extension’ Untuk Nampak Cantik, Netizen Persoal Status Umrah BCL Sah Atau Tidak

Bulu mata antara bahagian yang paling penting bagi sesetengah wanita. Malah, seolah-olah menjadi satu pertandingan di mana bulu mata siapa paling panjang dan lentik, dia lah yang paling cantik.

Disebabkan oleh itu ramai yang bertindak menyambung atau memakai bulu mata palsu atau lebih dikenali sebagai eyelash extension. Apabila menggunakan bulu mata ini mereka terpaksa mengguna gam untuk memastikan bulu mata itu kekal dan tidak terjatuh.

Di sini timbul satu keraguan akan kesahihan solat. Antara persoalan-persoalan yang muncul adalah, apakah gam yang digunakan menghalang wuduk dan menyebabkan solat tidak sah?

Untuk menjawab persoalan tersebut, pejabat mufti telah mengeluarkan penerangan tentang perkara ini. Secara keseluruhannya, pejabat mufti menggunakan qias yang menerangkan tentang pengharaman memakai rambut palsu atau wig dalam isu ini.

Pada asasnya, Islam tidak melarang umatnya daripada mencantikkan diri. Bahkan Islam menganjurkan umatnya untuk tampil kemas dan kelihatan cantik dengan cara sederhana dan sesuai.

Namun, antara perbuatan yang dianggap melampau dan dilarang dalam Islam ialah perbuatan menyambung rambut atau dinamakan sebagai ‘al-wasl’ dalam Bahasa Arab. Orang yang menyambung rambut pula disebut al-wasilah.

Berbahas soal ini, baru-baru ini tindakan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) memakai bulu mata palsu sambung atau ‘eyelash extension’ ketika mengerjakan umrah mengundang kritikan netizen.

Rata-rata menyifatkan selebriti berusia 40 tahun itu tidak peka dengan hukum agama yang menyatakan pemakaian bulu mata palsu dilarang lebih-lebih lagi ketika beribadah.

BCL yang ke kota suci Mekah bersama suami, ibu dan anaknya berkongsi pelbagai momen istimewa termasuk di hadapan Kaabah dalam Instagramnya.

Namun, mata netizen lebih tertumpu kepada wajah pelantun lagu Cinta Sejati itu yang mengenakan bulu mata sambung sekali gus mempersoalkan status umrahnya.

“Solat sambil pakai ‘eyelash extension’? Pernah dengar ustazah kata tidak sah solat pakai semua itu lagi-lagi buat umrah. Jadi sia-sia pahala ibadah,” kata peminat.

“Maaf jika ada pakai ‘eyelash extension’ tolong dicabut ya. Peringatan buat kaum wanita,” ujar pengikut lain.

“‘Eyelash extension’ kenapa tidak dibuka? Tidak telus air. Fahami dan dalami asas hukum Islam,” jelas netizen lagi.

Bagaimanapun, penyanyi terbabit seolah-olah tidak peduli terhadap komen pengikut, sebaliknya terus aktif memuat naik aktiviti bersama keluarga.

Dalam masa sama, peminat turut mendoakan BCL agar terus berpakaian menutup aurat usai menyelesaikan ibadah umrah dan pulang ke tanah air kelak.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*