Patung Ironman berderai pecah dijatuhkan kanak-kanak, kedai terpaksa tanggung rugi lebih RM10,000

Sebuah restoran di Yogjakarta Indonesia terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 selepas sebuah patung hiasan yang diletakkan di premis tersebut berkecai akibat perbuatan seorang kanak-kanak kecil.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Iconic Jogjakarata, sebuah restoran ais krim di kota tersebut, yang terkenal dengan hiasan tema watak adiwira filem Barat.

Di dalam insiden berkenaan, patung mengalami kerosakan adalah jenis adiwira, Iron Man yang dianggarkan berharga 33 juta Rupiah Indonesia, bersamaan dengan sekitar RM10,450.

Menerusi video yang tular sejak Ahad berhubung kejadian itu, patung terbabit dilihat sudah pecah dan jatuh ke atas lantai.

Difahamkan, seorang kanak-kanak tidak sengaja terjatuhkan patung tersebut.

Menerusi video tular, dapat dilihat seorang pekerja sedang mengutip serpihan patung yang pecah itu. Turut didengari, tangisan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai adalah perbuatannya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan punca sebenar kemalangan itu berlaku.

Terdapat satu gambar yang menunjukkan kedudukan patung tersebut sebelum kejadian dan memaparkan larangan menyentuh hiasan tersebut.

Difahamkan, pihak kedai berkenaan tidak menuntut sebarang ganti rugi lagi setakat ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*