Seorang Wanita Yang Hebat! Kenali Anisha Rosnah, Bakal Suri Hati Putera Mateen

Semua sedia maklum bahawa anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal bernikah dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari ini.

Majlis Berlangsung Selama 8 Hari

 

Istiadat Perkahwinan Diraja itu dilaporkan bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada esok, 7 Januari 2024 dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Pada hari ketiga iaitu pada 9 Januari, akan berlangsung Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari sebelum diikuti dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan harinya.

Seterusnya Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari.

Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.

Kenali Anisha Rosnah

 

Bagi yang tertanya-tanya siapakah gerangan bakal suri hati Putera Mateen ini, jom kita kenali serba sedikit tentang Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.

  1. Nama penuh Anisha ialah Dayang Anisha Rosnah binti Adam. Beliau juga popular dengan nama Anisha Isa-Kalebic.
  1. Nama Isa-Kalebic merupakan gabungan nama keluarga sebelah ibu dan ayahnya.
  1. Mendapat pendidikan di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara. Anisha juga merupakan seorang usahawan.
  1. Beliau memiliki perniagaan fesyen yang dikenali dengan nama Silk Collective. Busana yang dijual jenama ini menampilkan pakiaan yang dihasilkan daripada sutera.
  1. Selain itu, Anisha turut mengusahakan sebuah agensi pelancongan bersama temannya. Agensi tersebut dikenali sebagai Authentiary.
  1. Gadis cantik ini mengenali Putera Mateen sejak kecil lagi lantaran persahabatan yang terjadi di antara kedua keluarga.
  1. Abangnya, Daniel Isa-Kalebic merupakan salah seorang teman rapat Putera Mateen.
  1. Beliau merupakan cucu kepada Pehin Dato’ Haji Awang Isa bin Awang Ibrahim yang merupakan penasihat khas Sultan Brunei.
  1. Majlis pernikahan Dayang Anisha Rosnah bersama Putera Mateen akan berlangsung pada 11 Januari 2024.

Pihak Murai mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua pasangan dan semoga kekal sampai ke Syurga.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*