Konflik di antara bekas pasangan selebriti iaitu penyampai radio, Fizi Ali dan pelakon, Shakilla Khoriri nampaknya memasuki episod baharu.
Bagaikan tiada kesudahan, Fizi Ali baru-baru ini telah membongkarkan perkara yang mengejutkan mengenai bekas isterinya itu menerusi satu perkongsian di Instastory.
Difahamkan, pendedahan tersebut dibuat selepas Fizi naik berang ekoran dihalang berjumpa dengan anak mereka berdua iaitu Ameena Sofia yang berusia lima tahun.
“Bapak dia, kau elakkan (halang) jumpa. Teman lelaki, kau bawa (anak) jumpa. Siap pimpin tangan anak. Kau claim hidup membujang ‘sorang-sorang’. Mengarutlah.
“Dari sebelum berpisah kau tak pernah singlelah, perempuan. Ini sebenarnya yang kau mahukan?,” tulis Fizi dalam hantaran pada Selasa di akaun Instagram miliknya.
Mengulas lanjut dalam hantaran sama, penyampai radio berusia 35 tahun itu turut menyifatkan kelakuan bekas isterinya sebagai ‘lakonan’ di hadapan khalayak ramai.
Sedangkan, individu yang dikatakan pernah menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga mereka terdahulu telah diterima baik oleh ahli keluarga Shakilla Khoriri.
“Konon-konon depan netizen kau acah-acah suci, hidup besarkan anak seorang diri. Selepas itu nafikan semua benda. Keluarga dia (Shakilla) siap terima penyondol itu.
“Kifarah itu ada. Kalau tak kena dekat diri sendiri, nanti kena dekat ahli keluarga sendiri.” Ulas bekas peserta program realiti televisyen, Pilih Kasih itu.
Untuk makluman, bekas pasangan selebriti itu melangsungkan perkahwinan pada 18 Januari 2018 lalu sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2021
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Fizi kemudian mencipta kejutan apabila mengumumkan pernikahannya dengan usahawan, Siti Zulaikha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 23 Oktober tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : tiktok
Leave a Reply