“Jangan Suka-Suka Tabur Fitnah..” – Kes Fitnah Berkait Arwah Isteri Dah Selesai, Shuib Maafkan Pelaku Walau Berat Hati

Pelawak dan usahawan Shuib berasa lega dan bersyukur setelah kes fitnah yang melibatkan dirinya dan arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah telah pun selesai.

Dah maafkan individu

Berdasarkan hantaran di akaun Instagram miliknya, dia berkata dirinya telah pun memaafkan individu yang telah memfitnah dirinya dan Siti Sarah. Katanya, meskipun fitnah itu tidak berlandas, tetapi kerana dasar ikhsan, Shuib tetap memaafkan individu berkenaan.

 

Fitnah kamu langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya.

 

 

 

Wang saman akan didermakan

Pada masa yang sama, dimaklumkan juga wang yang diterima daripada kes saman terbabit akan disalurkan kepada tabung bantuan Palestin melalui Yayasan Nurjiwa.

Hasil duit saman semua akan disalurkan ke tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

Jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia.

Sebelum ini, Shuib telah difitnah ‘membunuh’ arwah isterinya dahulu dan pelaku turut mendakwa sebuah organisasi telah menggunakan artis untuk mempromosikan vaksin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*