Erra Fazira ketawa dengar gosip sudah kahwin, masih pegang status ibu tunggal

Lumrah kehidupan, Allah menjadikan hamba-Nya hidup berpasangan. Namun tidak semua beruntung dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Setengahnya berkahwin dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Tidak kurang juga ikatan suci yang terbina putus di tengah jalan.

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira menyifatkan spekulasi dirinya sudah bergelar isteri orang gara-gara tersebar foto didakwa perkahwinannya, sebagai fitnah.

Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek enggan mengambil pusing spekulasi itu, sebaliknya memilih memaafkan individu yang menyebarkan fitnah.

“Gambar kahwin yang sangkut pada dinding semestinya fitnah. Tak apalah, saya maafkan.

“Apabila saya dengar berita itu, saya hanya ketawa. Saya lebih tahu siapa diri saya dan dan siapa datang rumah,” katanya .

Tambah penyanyi Yang Terindah Hanya Sementara itu, dia masih solo dan bahagia dengan status ibu tunggal yang digalasnya sejak tujuh tahun lalu.

“Saya masih ibu tunggal, sudah bertahun-tahun lamanya. Saya tidak menutup pintu tetapi rezeki mungkin belum lagi.

“Saya pun tak tahulah yang mahu buat gosip, mungkin ada hikmahnya… Ada pro dan kontra. Kebaikannya, bermakna orang masih berminat hendak tahu kisah peribadi kita.

“Tetapi yang buruknya, sudah-sudahlah tu. Carilah cerita berkenaan orang muda, ramai lagi artis baharu.

Terdahulu, tular gosip konon foto perkahwinan Erra dengan seorang ahli kenamaan, tergantung di dinding kediamannya.

Dakwaan itu dibuat seorang selebriti yang dikatakan berkunjung ke kediaman aktres jelita itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*