“Kali Ni Aina Buat Kelainan..” – Syafiqah Aina Hadiahkan Bonus 3 Bulan Gaji & Tiket Umrah Sebagai Tanda Menghargai Pekerja

Ingin menunjukkan rasa menghargai dan bagi membangkitkan semangat kakitangan, personaliti media sosial dan usahawan, Syafiqah Aina teleh memberi kejutkan kepada pekerjanya dengan bonus gaji serta tiket menunaikan umrah.

Bunga Ros untuk staff

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram, Aina terlihat membuat kejutan kepada pekerjanya dengan meletakkan setangkai bunga ros dan surat di setiap meja mereka.

Terkejut semua staff, Aina datang pagi-pagi letak card dan ros atas meja masing masing.

 

Biasanya bonus Aina bagi pada bulan December. Kalini Aina buat kelainan sikit, bagi bonus lepas mereka habiskan cuti semua sebab Aina nak bonus ni mereka dapat buat saving.

 

Bonus 3 bulan gaji dan tiket Umrah lagi untuk mereka.

 

Ingin lebih berjaya

Bukan itu sahaja, kata Aina, dia berasa beryukur kerana dapat menghadiahkan pekerjanya dengan bonus dan tiket tersebut kerana rezeki mereka yang lebih banyak berbanding dahulu, hasil titik peluh dirinya dan suami.

Syukur sangat dari awal berniaga dulu, sampai sekarang Allah izinkan perkara ni. Kalau bagi bonus dulu, tak sama macam sekarang. Nilai memang berbeza sangat. Ye lah dulu staff tak ramai dan gaji pun bukan macam sekarang..

Aina juga tidak lupa untuk memberi nasihat kepada staff syarikatnya untuk menggunakan bonus yang diberi itu dengan cermat dan bersyukur terhadap kemudahan yang diberi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*