PELAKON Rita Rudaini meminta rakan artis agar tidak takut kehilangan tawaran kerja sekiranya nama mereka diboikot.
Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, sebaliknya memberitahu mereka perlu percaya kepada rezeki yang sudah ditentukan Allah.
Kongsi Rita, dia sendiri pernah melalui pengalaman sama apabila diboikot gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 tiga tahun lalu.
Rita yakin rezeki dikurniakan oleh Allah SWT dan bukannya manusia.
“Kalau yakin rezeki itu dari Allah, Insya-Allah, jangan risau, jangan takut.
“Saya pernah melaluinya zaman vaksin dulu. Tak ada vaksin, tiada job untuk awak Rita,” katanya.
Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Pelakon drama Racun Rihanna ini membuktikan dia kini masih lagi mampu bernafas dalam industri hiburan apabila meletakkan soal rezeki kepada Allah.
“Tapi mereka lupa yang saya ada Allah. Allah yang pegang rezeki saya,” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu, kecoh diperkatakan tentang gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk pro Israel.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar