PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa syukur selepas menerima hadiah sebuah kereta berjenama mewah jenama Range Rover daripada suaminya iaitu Datuk Lokman Teh.
Meskipun hanya kereta terpakai, Atikah atau Nur Atikah Suhaimie, 33, tetap gembira dan teruja menerima pemberian istimewa suaminya itu.
“Suami saya belikan kereta second hand, Alhamdulillah,” katanya.
Atikah masih belum memiliki lesen memandu.
Atikah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran klip video di Instagram miliknya pada malam Sabtu.
Mengakui belum mempunyai lesen memandu, Atikah berkata buat masa ini suamilah yang akan menjadi pemandu.
Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Lokman atas pemberian tersebut.
“Masalahnya satu sahaja, saya tiada lesen kereta. Nasib baik ada suami tolong drive.
“Yes baby, terima kasih banyak, saya sayang awak,” ujarnya.
Perkongsian itu juga mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyatakan rasa kagum kerana pelakon itu tidak malu berkongsi tentang kereta terpakai yang dimilikinya.
“Alhamdulillah rezeki. First time tengok artis mention kereta 2nd, tapi gembiranya macam dia dapat kereta baru.
Atikah berasa syukur dan gembira selepas suami hadiahkan kereta terpakai buatnya.
“Suka dengan Atikah ni, humble dan sangat bersyukur dengan apa yang suami dia bagi,” antara komen netizen.
Untuk rekod, Atikah dan Lokman selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply