[VIDEO] ‘Arw4h Nak Belanja Mak Dia Sempena Hari Lahir’ – Bapa M4ngsa Ser4ngan Balai P0lis Ulu Tiram Men4ngis Kenang Anak

Jumaat lalu negara dikejutkan dengan insiden dua orang anggota polis terbunuh selepas diserang oleh individu yang tidak dikenali di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Dua orang anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut dalam kejadian tersebut.

Tangisan seorang bapa

 

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, bapa kepada Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq iaitu Ahmad Said Md Piah berkongsi kenangan ketika anaknya menghubungi dia dan isteri.

Lelaki berusia 65 tahun itu dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mengenangkan hasrat arwah anaknya.

Dekat nak habis raya dia telefon mak dia. Dia tanya, ‘mak nak makan apa?’

Dia nak belanja sebab hari jadi mak dia bulan empat.

Bagaimanapun, dia tetap menerima takdir Allah SWT dan merelakan pemergian anak tercinta.

Pak cik reda, nak buat macam mana dah sampai masa dia. Kita pun tak tahu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berduka dengan kehilangan perwira negara itu.

Anak pak cik gugur semasa bertugas, semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Pasti arwah sentiasa ada di mata dan hati ibu ayah. Ikhlas dan reda dengan takdir sangat mahal. Salam takziah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Reda ayah atas pemergian anaknya. Kita yang mendengar pun sedih apatah lagi yang mengalaminya.

Arwah yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik-beradik tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 8, Kuantan, Pahang semalam.

 

 

Untuk info, Allahyarham Muhammad Shafiq mula berkhidmat di Balai Polis Ulu Tiram pada Jun tahun lalu selepas tamat menjalani latihan di Dungun, Terengganu.

Terdahulu, dalam kejadian pada pagi Jumaat, suspek berusia 21 tahun telah ditembak mati oleh polis.

Sementara itu, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera akibat ditembak dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

VIDEO

 

Redha seorang bapa, Semoga Arwah di kalangan para Syuhada, Arwah seorang wira negara.. Alfatihah untuk Arwah #polisditembak#balaipolisjohor#deminegara#ayahredha#pdrm

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*