PELAKON Datuk Aaron Aziz menasihati mana-mana artis yang menerima kritikan gara-gara kenyataan mereka mengenai kempen Blockout 2024 berdiam dan tidak perlu sehingga berbalah mempertahankan diri di media sosial.
Dalam hal ini, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 48, berpendapat apa dilakukan individu itu merupakan urusan dirinya dengan Tuhan dan tidak semua perlu ditunjukkan kepada masyarakat.
“Lihat orang bukan Muslim yang sokong gerakan Blockout ini sangat mengagumkan dan Alhamdulillah… tapi apabila gerakan ini dah mula di Malaysia saya tiada komen.
“Untuk artis yang tersalah cakap, saya rasa macam lebih baik jangan masuk campur atau biarlah orang nak cakap apa… contohilah Zul Ariffin, dia tidak bercakap banyak di media sosial untuk pertahankan diri ke apa.
Aaron berpendapat lebih baik diam daripada nak tunjuk siapa betul atau salah.
“Biarlah orang nak cakap buruk tentang kita tak payah tergesa-gesa nak buktikan diri sendiri itu betul kerana pengakhirannya antara awak dan Allah, tak perlu buktikan apa-apa pada manusia,” katanya.
Aaron berkongsi pendapatnya itu ketika ditemui sewaktu tayangan perdana filem The Experts di TGV Cinemas, Sunway Velocity, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Aaron berkata dia selalu mengingati pesanan isterinya iaitu Diyana Halik yang menasihatinya untuk tidak melayan komen negatif di media sosial.
“Saya juga ada nasihatkan kepada artis baharu kalau sudah masuk dalam bidang seni ini, semua orang nak dipuji tapi kena terima juga bila orang kritik kita, sebab tak semua orang sukakan kita,” ujarnya.
Gerakan Blockout2024 diwujudkan bagi memboikot selebriti yang mash menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Kempen itu disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai masih bekerjasama dengan jenama pro Israel.
Aaron tidak layan komen negatif kerana ingat pesanan isteri.
Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.
Susulan itu, ramai selebriti tempatan yang mula bersuara dan mempertahankan diri mereka termasuklah, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Daiyan Trisha
Dalam perkembangan lain, selain Aaron, filem The Experts turut menampilkan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak,Ray Dapdap, Maya Karin dan Tony Eusoff.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply