Penyanyi Ziri Kirana menjelaskan dirinya sudah pun merujuk sebelum mengambil keputusan untuk membuka niqab bagi menyertai pertandingan program realiti The Hardest Singing Show (THSS).
Memakai niqab di tempat tertentu
Menjawab kepada persoalan ramai, penyanyi ini berkata keputusan yang diambil itu telah difikirkan dan dirujuk kepada beberapa pihak yang lebih arif dalam soal pemakaian niqab.
Saya sudah bertanya kepada ustazah dan menonton beberapa video kerana diri sendiri pun masih belajar dan keliru.
Ini kerana perkara wajib dibuat ialah menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jadi saya memadai memakai niqab di tempat tertentu seperti menghadiri majlis ilmu agar lebih fokus.
Menjaga batas ketika persembahan
Bukan itu sahaja, isteri kepada pelakon Yusof Bahrin ini turut menegaskan dia tetap menjaga pergaulan meskipun ketika membuat persembahan dan sesi latihan.
Katanya, penari latar lelaki akan mengenakan sarung tangan ketika sesi latihan dan persembahan bagi mengelakkan mereka bersentuhan secara tidak sengaja.
Alhamdulillah saya mendapat pasukan yang sangat bertimbang rasa dan mereka sangat menjaga batas dan mereka sudah tahu masa buat persembahan akan pakai sarung tangan.
Pergerakan tarian juga tidak keterlaluan bagi mengelakkan perkara sebegitu berlaku.
Sekadar info, Zizi merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam THSS di samping penyanyi lain seperti Ayda Jabat, Aepul Roza, De Fam, Stacy, Aisha Retno, Kaka Azraff dan Putera Muhammad.
@astrogempak GempakLive: Naik semangat semua macam ni. Sampai persembahan @zizi_kirana ke hati. Jangan lupa undi Anugerah Meter Gempak Alha Alfa di www.gempak.com/thehardestsingingshow Saksikan The Hardest Singing Show 🗓️ Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro RIA atau strim di Astro GO dan sooka Perbezaan Itu Keunikan Kita #AlhaAlfaCosmetics #AlhaAlfa #AAxTHSS #TheHardestSingingShow #THSS #LuarLimitasi #TheHardest #AstroGo #AstroBaharu #LayanOriJanganCuri
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply