Caprice Dinasihati Tingkat Keselamatan Selepas Kongsi Video Rakaman CCTV Faisal Halim?

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.

 

Dalam pada itu, pihak polis kini telah memulakan siasatan untuk mengesan ‘dalang’ yang menyebarkan video rakaman CCTV berkenaan untuk tindakan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Isu berkenaan turut mendapat respon oleh penyanyi rap, Caprice yang menghormati arahan pihak atasan untuk memadam video rakaman berkenaan yang telah dimuatnaik di media sosialnya sebelum ini.

 

“Sorry Guys, dapat call untuk padam footage CCTV dari The Star dan platform-platform lain pun dinasihati untuk jangan post atau share CCTV kes Faisal Halim.

 

Bagi Cap, CCTV, dashcam , dan witnessessebenarnya boleh bantu PDRM Malaysia supaya orang-orang lain yang mungkin nampak jenis motor tu, helmet, atau orang tu awal-awal atau selepas.

 

Boleh hadir ke depan dan bantu siasatan. Tapi tu lah, kita kena ikut dan hormati arahan mereka.-“tulis Caprice

Dinasihati Tingkat Aspek Keselamatan?

Hantaran Caprice di Instagram, mendapat respon netizen di ruangan komen yang rata-ratanya meminta penyanyi rap ini menjaga aspek keselamatan keluarganya, malah ada yang mencadangkan Caprice untuk memohon pemilikan lesen senjata api.

“Cap pun kena jaga diri, takut kena aim. Terutamanya isteri dan anak-anak, be safe guys! Malaysia sudah tidak selamat lagi.”

“Cap dah boleh apply senjata api. Masuk kelas Muay Thai.”

“Damn Cap, you need to secure yourself more after this.”

 

Jaga diri semua tingkatkan keselamatan anda bahaya di mana-mana.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*