Tiada Melayu Islam Yang Menyokong Israel”- Merqeen Tetap Sokong Palestin Cuma Enggan Menunjuk-Nunjuk

Pelakon popular Meerqeen, yang terlibat dalam gerakan Blockout 2024 selepas didakwa terlibat dengan jenama pro-Israel, menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan situasi getir yang menimpa penduduk Palestin.

 

Meerqeen, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, menyatakan komitmennya untuk menyokong Palestin dengan cara yang lebih peribadi tanpa perlu menguar-uarkan kepada khalayak ramai.

Mungkin siapa yang tak ikut saya, tak tahu apa saya buat selama ini. Saya tetap menyokong Palestin dan beri sumbangan kepada penduduk di sana. Buat apa saya hendak menunjuk perkara itu kepada umum,” ujar pelakon muda berusia 23 tahun itu.

 

Tambahnya, sebagai seorang Melayu Islam, adalah tanggungjawabnya untuk menyokong Palestin. Beliau juga memohon maaf jika ada tindakannya sebelum ini yang mengguris perasaan ramai pihak.

 

“Kita rakyat Malaysia perlu sokong Palestin dan pada saya, tiada Melayu Islam yang menyokong Israel. Saya minta maaf sekiranya perkara ini membuatkan segelintir pihak tidak senang,” katanya.

 

Meerqeen juga menekankan bahawa beliau sudah bersuara mengenai isu Palestin sejak tahun 2022 dan sering berkongsi pandangannya di media sosial. Malah, beliau turut menyumbang untuk membantu saudara di sana.

Mengulas lanjut mengenai kontraknya bersama jenama yang dikaitkan dengan pro-Israel, Meerqeen menyatakan bahawa perkara tersebut masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan.

 

“Kontrak masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan kerana ada beberapa kontrak yang saya masih tengok lagi,” jelasnya.

 

Isu ini timbul selepas wujudnya gerakan Blockout 2024 yang menyeru boikot terhadap selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Selain Meerqeen, antara selebriti Malaysia yang tersenarai dalam gerakan ini termasuk Nadhir Nasar, Nabila Razali, Daiyan Trisha, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari, dan Scha Alyahya.

 

Meskipun tersenarai dalam gerakan boikot tersebut, Meerqeen menegaskan bahawa sokongannya terhadap Palestin tidak pernah pudar dan beliau berusaha melakukan yang terbaik untuk membantu mengurangkan penderitaan penduduk di sana.

 

Reaksi positif daripada pengikut setia di media sosial turut mengukuhkan keyakinannya untuk terus berjuang demi Palestin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*