Sebelum ini pelakon popular, Beto Kusyairy telah membidas satu komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial yang dianggap keterlaluan kepadanya hingga meraih perhatian netizen.
Sedar masing-masing ada hak
Ketika ditanya soal kejadian berkenaan, aktor ini memberitahu hal tersebut telah menyedarkannya bahawa setiap orang yang menggunakan media sosial mempunyai hak masing-masing dan tidak sepatutnya dia mengambil tahu tentang perkara itu.
Kejadian itu membuatkan saya belajar yang sepatutnya saya tidak perlu ambil kisah. Saya patut lebih high class dan tak perlu ke tahap itu sebab masing-masing ada hak apatah lagi semuanya di hujung jari.
Saya dah move on daripada kejadian itu. Biarlah dia dengan caranya.
Cuma simpati pada mangsa
Bukan itu sahaja, pelakon filem Imaginur ini turut menjelaskan perkara sebenar yang berlaku bersama individu berkenaan tempoh hari. Menurutnya, dia hanya meninggalkan komen meluahkan rasa simpati pada mangsa namun disalah ertikan.
Komen saya itu bukannya marah cuma ajak berjumpa biar dia cakap depan muka saya. Adakah dia ada keberanian nak cakap sebab dia tak tahu perasaan sebenar di sebalik komen saya.
Komen saya tinggalkan merujuk kepada mangsa bukan mengenai sistem perundangan atau reman sebab itu bukan tanggungjawab saya. Saya cuma simpati dengan apa yang berlaku kepada mangsa, itu sahaja.
Sebelum ini, seorang individu telah memanggilkan bebal kerana tidak berpuas hati dengan komen yang ditinggalkan oleh Beto mengenai insiden kemalangan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply