Didakwa Kutip Derma Setiap Bulan Untuk Kepentingan Peribadi, Aisyah Hijanah Nafi – “Saya Serahkan Kepada Peguam”

Tak ada tak ribut, muncul dakwaan mengatakan pensohor media sosial, Aisyah Hijanah dan suami, Aliff Teega melakukan kutipan derma setiap bulan untuk kegunaan peribadi atas nama agama dan sedekah.

Malah, dakwaan itu turut menuduh Aisyah memecat pekerja yang tampil mempersoalkan audit syarikatnya itu secara serta merta.

Meninjau ruangan komen hantaran dakwaan itu di Facebook, ada yang mendakwa ‘page’ kutipan derma yang dianjurkan pasangan itu tiba-tiba sahaja hilang.

 

 

Katanya this post tiba-tiba hilang dekat Instagram. Can anyone reconfirm? Setakat around 7.30 pm tadi dah kutip RM40 ribu. Jika ikhlas kutip buat utk buat amal, kenapa take down? Probably Aisyah dan laki dah termakan cili.

Tampil menjawab dakwaan itu, Aisyah memaklumkan sebarang kutipan yang dilakukan mempunyai resit yang sah dan akan dimuat naik ke media sosial sebagai bukti.

 

Saya hanya menggunakan platform ini untuk membantu ramai lagi yang ingin menyumbang dan meluaskan peluang orang untuk menyumbang. Syarikat saya mempunyai audit yang jelas dan kami lakukan setiap tahun.

Dia yang kini dalam perjalanan untuk mengerjakan ibadah Haji memberitahu akan menyerahkan hal tersebut kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

 

 

Saya ambil maklum atas apa yang berlaku dan sudah memberikan kesemuanya kepada peguam saya untuk ambil tindakan. Bukti juga sudah pun diberikan bagi dibicarakan di mahkamah kelak. Tidak wajarlah sekiranya apa yang saya miliki hari ini hanya dinilai daripada kempen sedekah yang dibuka, walhal usaha keras daripada 2018 sehingga ke hari ini tidak dinilai sama sekali.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*