“Biar Saya Tanggung Semua Kesalahan Asalkan Semua Pihak Bahagia” – Nora Danish

Pelakon Nora Danish tampil bersuara setelah tindakannya berdiam diri telah membuatkan dirinya dihujani dengan spekulasi tidak benar.

Nora Danish tampil bersuara

Ujar Nora, dia memilih untuk menanggung semua kesalahan atas bahunya asalkan orang lain bahagia.

 

 

Biarlah luaran nampak kita yang buruk kerana dari dulu saya bukan jenis suka mengaibkan orang sebab diri sendiri pun bukan sempurna.

Masalah keluarga biar saya sahaja yang telan. Apabila kita membuat pilihan berdiam dan bertapis, terlalu banyak spekulasi timbul sampai dituduh macam-macam

Tapi Alhamdulillah saya sudah bersedia. Saya akan tanggung semua kesalahan asalkan semua pihak bahagia.

Doa yang baik-baik buat semua pihak. Allah sebaik-baik perancang.

Nafi dirinya seorang wanita mengharapkan duit suami

Katanya lagi, dia ingin menegaskan bahawa dia bukanlah seorang wanita yang manja dan mengharapkan duit suami semata-mata.

Saya bekerja tanpa henti sejak awal untuk keluarga dan anak-anak saya. Daripada dulu saya tak pandai meminta wang walaupun suami sendiri.

Bukan niat nak membangga diri sendiri cuma saya hendak menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyangka saya dimanjakan.

Sebelum ini, Nora mendedahkan bahawa dia dan suami, Nedim sudah lagi tidak tinggal sebumbung sejak awal tahun ini.

Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl,6.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*