Keluarga Zayn Rayyan Buat Laporan Polis Penyebaran Konon ‘Fakta Kes’ Dari Telegram Edisi Siasat

Keluarga kanak-kanak autistik yang dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran beberapa dokumen yang didakwa fakta kes berkaitan tragedi sadis itu di media sosial.

Peguam mewakili keluarga Zayn, Fahmi Abd Moin memaklumkan bahawa penyebaran maklumat itu adalah satu fitnah jenayah.

Pihak keluarga mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubunga penyebaran maklumat berkenaan.

Penyebaran itu lebih kepada fitnah jenayah.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan pihak mereka akan menjalankan siasatan bersama MCMC berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Maklum Shuhaily, penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*