Siti Nurhaliza Dikecam Aktivis Anti-Isr*el Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kecaman daripada kumpulan anti-zionis Israel umumnya gara-gara akan berkongsi pentas dengan David Foster di Jakarta Indonesia malam ini.

Difahamkan, kumpulan BDS Malaysia tampil membuat kenyataan berbaur kecewa dengan penglibatan Siti Nurhaliza dalam konsert tersebut di saat rakyat Palestin masih ‘dibantai’ askar zionis pada ketika ini.

 

 

Persembahan ini dianjurkan oleh pengubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel.

David sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh ‘Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

 

 

“Keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Fosteri itu adalah sangat mengecewakan” tulis pengendali akaun kumpulan itu lagi.

 

BDS Malaysia juga tampil menggesa semua pihak terutama selebriti tempatan untuk menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.

Sekadar info, Siti dijadualkan membuat persembahan dalam konsert yang akan diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta.

Difahamkan Siti menjadi ‘bidan terjun’ setelah salah seorang artis terlibat iaitu Jessie J tidak dapat membuat persembahan pada malam ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*