
Pelakon Keith Foo mengakui perbezaan agama bukan sesuatu yang asing dalam hubungannya bersama pasangan, aktres Riena Diana semenjak mereka dikhabarkan sedang bercinta.
Dalam proses dekati agama Islam
Kata aktor tersebut, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya yang sedang dalam proses untuk mempelajari agama Islam serta mengenali hati budi masing-masing.
Saya anggap fasa ini adalah proses pembelajaran untuk saya mendalaminya dengan lebih dekat. Lagipun soal agama (Islam) ini bukan sesuatu yang asing dalam keluarga saya, namun ini adalah waktu terbaik untuk kami saling mengenali termasuk aspek lain.
Cuma buat waktu ini saya memohon doakan yang terbaik supaya apa yang saya lalui sekarang akan lebih indah pada masa mendatang.
Berikan sepenuh tumpuan
Kami ada juga berbual mengenai perkara ini dan apa yang lebih indah adalah dia terbuka hati untuk belajar dan mendalami agama Islam bukan semata-mata kerana saya.
Sebaliknya dia sendiri yang terbuka hati. Bagi saya selepas saya memilih untuk bersamanya, saya perlu berikan sepenuh tumpuan untuk hubungan ini.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan khabar bahawa Kieth mengakui sedang menjalin hubungan dengan istimewa dengan Riena Diana.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply