Seorang guru 1 tangan terharu apabila menerima hadiah daripada anak muridnya seutas jam tangan dan terlihat begitu gembira apabila mendapat pemberian yang cukup bermakna itu.
Cuma ada satu tangan
Walau bagaimanapun, menerusi platform TikTok milik Abdullah Kadir, dia sepertinya mengalami sedikit kesukaran untuk memakai jam terbabit memandangkan hanya mempunyai sebelah tangan sahaja.
https://www.tiktok.com/@abdullahkadir93/video/7380385972929694992
Guru 1 tangan terharu, buat sampai boleh pakai jam sendiri
Dapat dilihat dia telah mengukur dan menampal jam tersebut dengan menggunakan pita lekat sebelum menjahitnya bagi tujuan memudahkan pemakaian jam tangan terbabit.
Selepas melalui beberapa proses, tali jam tersebut sudah berjaya diubahsuai dan Abdullah Kadir berjaya menggunakan jam hadiah daripada muridnya dengan mudah.
Guru 1 tangan terharu, ramai puji cara hargai pemberian murid
Ternyata perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata memuji cara guru uda berkenaan menghargai pemberian anak muridnya sempena hari guru tempoh hari.
Dalam pada itu, mereka turut kagum dengan usaha pendidik tersebut yang menjadikan kekurangan sebagai satu bentuk kelebihan kerana mampu berfikiran kreatif agar boleh menggunakan jam tangan tersebut tanpa bantuan sesiapa.
Jadi makin kreatif
Kena cepat2 kahwin biar ada yang pakaikan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: abdullahkadir93
Leave a Reply