Video dimuat naik oleh usahawan terkenal, Dato Seri Vida di akaun Instagram mengundang rasa sebak dan menyentuh hati ramai pengikutnya.
Kenapa sambut Hari Bapa untuk mama?
Menerusi hantaran itu, Vida berkongsi tentang kejutan yang diterimanya daripada anak perempuannya, Cik B baru-baru ini bersempena dengan sambutan Hari Bapa.
Namun apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah kata-kata Cik B selepas Vida bertanya mengapa dia menyambut Hari Bapa untuk ibunya.
Sebab Cik B tiada ayah. Jadi nak letak apa? Selamat hari bapa buat ayah yang tiada? Mama adalah ayah, ibu, kakak, kawan dan semuanya.
Kesiannya Cik B…
Ramai akui suka melihat keakraban dan kasih sayang di antara Vida dan dua orang anaknya tidak lupa juga ada yang mendoakan mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, sesetengah netizen bersimpati dengan Cik B selepas dia meluahkan tentang ‘ketiadaan’ bapa.
Pada tahun 2021, Vida telah mendapat hak penjagaan terhadap dua anaknya, Cik B dan Kacak. Mahkamah Tinggi Syariah juga memberi hak kepada mereka berdua untuk membuat keputusan berjumpa bapa mereka apabila bersedia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply