“Orang Perlu Tumbuh Pada Waktunya Sendiri..” – Amelia Henderson Tiada Rancangan Untuk ‘Get Back’ Bersama Aedy

Aktres dan host popular, Amelia Henderson mengakui tiada kemungkinan untuk dirinya dan pelakon Aedy Ashraf untuk kembali menjalinkan hubungan istimewa.

Tidak akan get back

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman TikTok, pelakon ini memberitahu pengajaran yang didapati dari hubungannya yang lalu itu adalah untuk membiarkan seseorang tumbuh dengan sendiri.

Selepas ini ada kemungkinan tak untuk korang get back? Tidak.

Pengajaran yang saya belajar daripada hubungan ini adalah macam mana kita sayang seseorang ataupun nak membantu seseorang dalam perjalanan kehidupan dia, kadang-kadang orang itu perlu bertumbuh pada waktunya sendiri.

Melepaskan mungkin lebih baik

Tambahan pula, Amelia turut berpendapat bahawa kadang-kala melepaskan orang yang kita sayang itu adalah lebih baik daripada berpegang pada hubungan yang tidak sihat.

Dan kadang-kadang awak perlu melepaskan seseorang supaya mereka boleh tumbuh dalam keadaan lebih sihat walaupun kami tidak lagi bersama.

Mungkin saya akan lebih berhati-hati untuk masa yang akan datang.

Sebelum ini, Amelia telah mendedahkan dirinya telah mengakhiri hubungan dengan Aedy dan mengekalkan hubungan sebagai kawan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*