Terlalu banyak content di Tanah Suci, netizen persoal niat sebenar Raffi Ahmad tunai haji

PELAKON Raffi Ahmad menerima kritikan hebat netizen apabila kerap memuat naik video di media sosial sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Tindakan itu juga membuatkan ramai berasa ragu dengan niat sebenar dia menunaikan rukun Islam kelima itu yang seolah-olah sekadar untuk menghasilkan content media sosial.

 

Ramai berpendapat, Raffi sepatutnya lebih memfokuskan kepada ibadah haji dan bukannya merakam setiap perkara sepanjang berada di sana.

Raffi dilihat kerap memuat naik konten di Instagram miliknya.

Menjelaskan dakwaan tersebut, Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 37, menegaskan kegiatan di media sosial langsung tidak menganggu ibadahnya.

“Selepas menyelesaikan rukun berkaitan haji seperti tawaf dan sa’i, pasti ada waktu rehat.

“Ketika itulah saya guna untuk memuat naik semua video yang dirakam ke media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Raffi turut menjelaskan masa rehatnya bukan hanya digunakan untuk membuat konten sebaliknya digunakan untuk berkenalan dengan jemaah haji daripada Indonesia dan negara lain.

“Ada waktu yang kita boleh santai, kita guna untuk eratkan silaturrahim. Bertemu dengan rakan-rakan jemaah lain,” jelasnya.

Sebelum ini Raffi pernah membatalkan niat untuk menjalani ibadah haji sebanyak tiga kali atas pelbagai alasan.

Pada 8 Jun lalu, pelakon itu berangkat ke Makkah selama 20 hari dengan ditemani isterinya, Nagita Slavina.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*