Seorang TikTokers Jepun yang dikenali sebagai Sora mengundang perhatian netizen Malaysia gara-gara dia memasak sup daripada cendol yang sinonim dengan manisan dalam kalangan rakyat tempatan.
TikTokers masak sup diperbuat daripada cendol
Dalam hantaran tersebut, Sora menggelar cendol yang dibelinya di sebuah pasaraya itu sebagai ramen versi Malaysia.
Malah, dia turut mempersoalkan warna cendol yang berwarna hijau itu yang tidak sama dengan ramen yang biasa dilihatnya.
Kemudian, dia memasak cendol tersebut menggunakan kaedah memasak sup ramen.
Namun, setelah hidangan sup cendol itu siap, Sora tertanya-tanya mengapakah ia mempunyai tekstur yang terlalu lembut setelah dimasak.
Rebus terlalu lama? Ia terlalu lembut.
Netizen terhibur
Sora juga meminta panduan pengikutnya tentang cara sebenar menikmati cendol tersebut.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen ‘terkesima’ dengan hidangan cendol tersebut yang dimasak sup berbanding manisan dicampur ais batu dan sirap manis.
Melanggar hukum cendol, kesian cendol selalu duduk dalam sejuk, tetiba duduk dalam panas.
Baru pertama kali aku tengok cendol masak sup sayur taugeh.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Tiktok
Leave a Reply