Tular Video Banyak Mayat Jemaah Haji Terbiar di Mekah, Meninggal Akibat Cuaca Terlalu Panas

 

Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan banyak mayat jemaah haji di Mekah terbiar di tepi jalan selepas meninggal dunia akibat cuaca terlalu panas.

Ramai meninggal dunia kerana panas terik

Sebelum ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 550 jemaah haji disahkan meninggal dunia akibat cabaran mengerjakan ibadah haji dalam cuaca terik.

Menurut pegawai diplomat Arab Saudi, 323 daripada jumlah tersebut membabitkan rakyat Mesir dan kebanyakannya meninggal dunia disebabkan penyakit berkaitan panas.

 

Semua mereka (rakyat Mesir) mati kerana kepanasan kecuali seorang yang mengalami kecederaan maut semasa rempuhan orang ramai, salah seorang diplomat.

Ribuan jemaah dapatkan rawatan

Jumlah itu diperolehi dari bilik mayat salah sebuah hospital di Mekah dan selain Mesir warga Jordan turut dilaporkan meninggal dunia, sekurang-kurangnya 60 jemaah.

Dalam pada itu, lebih 2,000 jemaah haji dikatakan mendapatkan rawatan akibat mengalami tekanan haba.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Aplikasi x

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*