Aktres jelita, Nelydia Senrose dipercayai sudah tidak lagi mengenakan tudung selepas kakaknya yang juga pelakon, Uqasha Senrose berkongsi foto di Instagram story.
Menerusi perkongsian itu, Uqasha meluangkan masa dan makan bersama adik beradiknya termasuklah Raysha Rizrose di sebuah restoran.
Dah tanggal hijab?
Foto itu turut memaparkan Nelydia yang dilihat tidak memakai tudung, sedang tersenyum ke arah kamera.
Sebelum ini, Nelydia pernah menimbulkan tanda tanya peminat hiburan tanah air selepas dilihat tidak memakai tudung ketika beriadah bersama adik beradik dan sepupunya.
Taknak berubah secara drastik
Dakwaan dirinya tidak lagi mengenakan tudung sudah timbul beberapa kali namun Nelydia sendiri pernah akui masih dalam proses untuk belajar istiqamah.
Aktres berusia 29 tahun itu juga berkata dia tidak mahu terus berubah secara drastik.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply