[VIDEO] Gelagat Sultan Pahang ‘Dating’ Di Pulau Bersama Tunku Azizah Raih Perhatian Ramai!

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.

“Tengku Hassanal Kacau Daun Pulak Bila Bonda Nak Dating Dengan Ayahanda”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fttsyaamni yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 59 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu dan 144 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah dan Sultan Pahang yang sedang berehat dan duduk di atas batu yang terletak di sebuah pulau, namun kelihatan Tengku Hasanal yang mengambil gambar mereka dari arah belakang.

Rata-rata netizen teuja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat suka melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh keluarga kerabat Negeri Pahang itu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*