Hotel Di Jepun Tak Terima Tempahan Pelancong Isr*el Sebagai Tanda Solidariti Pada Palestin

Sebuah hotel di Jepun telah menjadi bualan netizen semenjak mereka mengambil tindakan berani untuk menolak tempahan pelancong Israel yang ingin menginap di hotel tersebut.

Tak terima pelanggan Israel

Memetik dari laporan Arab News menurut pengurus Material Hotel itu, mereka menolak mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan pasukan pertahanan Israel (IDF) sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Kami dukacita untuk memaklumkan anda bahawa, disebabkan laporan kemungkinan jenayah perang yang dilakukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam konflik yang berlaku di Gaza antara Israel dan Palestin.

Kami tidak boleh menerima individu yang kami percaya mungkin mempunyai hubungan dengan tentera Israel.

 

Kedutaan Israel tidak senang hati

Namun begitu, tindakan tersebut tidak diterima baik oleh Duta Israel ke Jepun, Gilad Cohen. Dia juga telah menghantar surat aduan rasmi kepada CEO Material Hotel bagi menuntut permohonan maaf serta penjelasan.

Difahamkan, Cohen juga menggesa agar pengurus hotel yang terlibat dipecat.

Malah mereka telah menghubungi pihak berkuasa Jepun dan merancang tindakan undang-undang terhadap Material Hotel memandangkan isu tersebut berkemungkinan menjejaskan  hubungan diplomatik antara Jepun dan Israel.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*