Datuk Red ‘standby’ 2 bekas isteri ajak rujuk, teruskan hidup kalau mereka jumpa jodoh lain

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata dia sentiasa di dalam ‘standby mode’ sekiranya dua bekas isterinya, Sharifah Nur Shafila dan penyanyi Adira Suhaimi mahu kembali bersama.

 

Selagi bekas isteri tak kahwin…

Adnan berkata begitu menerusi siaran langsung di media sosial bagi menjawab persoalan warganet dan mengakui akan kekal menduda sekiranya kedua-dua bekas isteri tidak bertemu jodoh dengan lelaki lain.

Selagi janda janda saya tidak berkahwin, selagi itu juga saya tak akan kahwin. Maknanya saya dalam mode standy. Saya sentiasa menunggu tawaran mereka tetapi kalau mereka berkahwin lain, nak buat apa lagi?

Bukan sebab nafsu semata-mata

Dalam pada itu, Datuk Red menafikan niatnya mahu kembali bersama bukan semata-mata kerana nafsu tetapi lebih kepada memikirkan tentang kehidupannya di hari tua.

Saya ni fikir nak kahwin sebab untuk hidup, sakit dan pening di hari tua nanti. Takkan saya mahu menyusahkan anak-anak atau adik beradik? Nak kahwin bukan lagi sebab nafsu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*