elakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar layankan pemuda nak temu duga kerja atas talian walaupun ketika itu individu berkenaan masih di atas motosikal.
POV interview online
Difahamkan, panggilan video yang dibuat selebriti berkenaan bertujuan untuk menemu duga pemuda terbabit kerana dia meminta untuk mengikuti sesi temu duga secara atas talian.
Fizo Omar layankan pemuda interview online atas motosikal
Namun, ketika dihubungi dia rupanya berada di atas motosikal dan sedang membonceng kenalannya yang mengendali kenderaan tersebut.
“Tengah bawa motor pun boleh join interview online. Hmm kira gigih la dia ni nak interview nak cari kerja.
“Boleh pulak aku melayan kes rare ni. Dia buat video call dengan kawan-kawan dia pulak,” tulis Fizo.
Fizo Omar layankan pemuda nak interview online, puji kerana tepati janji
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 39 sempat menghargai usaha pemuda terbabit kerana menepati janji dengan mengangkat panggilan video untuk temu bual atas talian yang diminta sebelum ini.
“Abe Joe harap adik ni akan dapat kerja baik-baik ya. At least dia put effort untuk munculkan diri bila dah janji nak online interview,” tulisnya lagi.
Hampir sama macam kehidupannya awal2 dulu dalam industri
Dalam kapsyen yang disertakan, suami kepada Fazeera nazri Azrai ini sempat throwback kehidupannya sewaktu awal-awal memasuki industri seni apabila turut menunggang motosikal dari satu lokasi ke lokasi lain untuk menghadiri uji bakat.
“Kisah adik ni mengingatkan zaman abe joe mula2 dtg KL dulu, naik moto merata pegi casting nak cari job utk iklan tv dan audition utk drama. Hidup ni memang KERAS ROY. Hehhehe,” ujarnya.
Fizo Omar juga sempat berpesan kepada mereka yang sedang mengusahakan perniagaan dan mencari pekerja supaya terus beringat untuk memegang amanah Allah dalam berkongsi serta menyalurkan rezeki kepada para pekerja serta tidak sesekali bersikap tinggi diri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply