Ni Baru Beauty With Brain Pelakon Cilik Alyssa Dezek Peroleh 100% Subjek Akaun.

Pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek memaklumkan dia telah memperoleh keputusan cemerlang 100 markah untuk ujian diagnostik bagi subjek Prinsip Perakaunan.

Alyssa Dezek peroleh keputusan cemerlang

Berita gembira itu dikongsikan Alyssa di mana dia berusaha keras bagi membolehkan dirinya memasuki aliran perakaunan.

 

 

 

Alhamdulillah, memang benar, saya dapat markah penuh untuk ujian diagnostik bagi subjek Prinsip Perakaunan. Sebelum boleh menyertai mana-mana aliran, pelajar tingkatan empat harus menjawab ujian diagnostik.

 

Sebelum ujian itu memang saya berusaha bersungguh-sungguh, saya tak memilih untuk belajar aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah aliran perakaunan.

 

Alyssa yang juga ikon kepada satu jenama pendidikan berkata dia menyertai tuisyen yang dianjurkan jenama itu dan memperoleh markah penuh.

 

Sekadar info, Alyssa Dezek pernah membintangi drama seperti Skuad Detektif KBAT, Cinta Untuk Sekali Lagi, Jodoh-Jodoh Annisa.

Alyssa juga turut mempunyai single lagu seperti Lagu Untuk Kamu, Duniaku, Bintang, Let It Flow dan Faham Tak.

Saya kini belajar di sekolah swasta. Sejujurnya, kadang-kadang saya ‘lost’ kerana tuntutan kerja, saya tak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Tetapi apabila saya berada di rumah dan mempunyai masa lapang, saya akan belajar semula dan saya juga menyertai tuisyen PTTI.

Pelakon itu juga menyimpan harapan untuk cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia kelak.

Sekadar info, Alyssa Dezek pernah membintangi drama seperti Skuad Detektif KBAT, Cinta Untuk Sekali Lagi, Jodoh-Jodoh Annisa.

Alyssa juga turut mempunyai single lagu seperti Lagu Untuk Kamu, Duniaku, Bintang, Let It Flow dan Faham Tak.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*