Seorang lelaki menangis tepi jalan bersama jenazah bapa mentua susulan van yang dipandu dari Sandakan menuju ke Bongawan, Papar mengalami kerosakan.
Bapa mentua meninggal dalam perjalanan
Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Ariff Ahmad, dia memaklumkan yang van dipandu mengalami kerosakan di bahagian pam brek dan bapa mentuanya meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan tersebut.
“Al-fatihah untuk bapa mentua…baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.
“(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang membuatkan air mata mengalir,” tulisnya.
Lelaki menangis tepi jalan, van dipandu alami masalah pam brek
Dia yang mahu membawa bapa mentuanya tinggal di kampung telah membuat siaran langsung selama 40 minit memaklumkan keadaan bapa mentua dan dirinya yang terkandas.
Situasi hiba itu telah dikongsikan menerusi hantaran di media sosial dan berharap agar ada van jenazah melalui kawasan tersebut bagi membantu membawa jenazah bapa mentuanya.
“Andai kata ada van jenazah untuk bawa ke Bongawan, terima kasih tetapi itulah tiada kedengaran (maklumat) dari Tamparuli ke simpang Kota Belud.
“Kami berasa di sebelum simpang Kota Belud, kalau dari Kundasang selepas simpang Kota Belud,” katanya.
Dia yang berada dalam kesejukan memaklumkan tiada orang yang melalui kawasan tersebut bagi menghulurkan bantuan ketika itu dan berharap supaya ada bantuan untuk menguruskan jenazah bapa mentuanya.
Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berharap supaya dia segera diberi pertolongan lebih-lebih lagi dalam menguruskan jenazah.
Mereka juga mendoakan supaya urusan lelaki terbabit dipermudah serta menzahirkan rasa simpati melihat situasi cemas yang sedang dihadapinya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Tiktok
Leave a Reply