Selepas didakwa oleh bekas isteri, Nurul Shuhada bahawa dirinya culas membayar nafkah anak-anak, pelakon Hafidz Roshdi menafikan perkara tersebut.
Kata Hafidz, dia tidak dapat lagi mendiamkan diri selepas dituduh dengan hal-hal yang tidak benar kerana ia mengganggu periuk nasinya.
Pelakon tersebut merasakan tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu adalah fitnah jijik dan pelaku sepatutnya berasa malu atas perbuatan yang dilakukan.
Dalam pada itu, Hafidz turut memaparkan rekod transaksi bayaran dan sedia menggunakan bukti terbabit untuk tindakan susulan.
Hafidz Roshdi nafi culas bayar nafkah anak, tunjuk transaksi bank
Menurut Hafidz, dia bertegas bahawa dia tidak pernah culas membayar nafkah anak-anak dan akan berusaha lebih keras untuk membayar lebih nafkah yang diberi.
Tegas Hafidz, dia sudah, masih dan akan terus membayar nafkah wajib kepada anak-anak tanpa culas kerana enggan perkara tersebut tertunggak.
Terdahulu, Shuhada telah membuat pendedahan dengan mendakwa selebriti terbabit gagal menjalani tanggungjawab dengan membayar nafkah kepada anak-anak mereka yang kini tinggal bersama bekas isteri.
Shu juga memulakan ‘perang’ dengan mendedahkan punca mengapa dia meminta cerai susulan menerima tangkapan layar perbualan lucah antara bekas suami dan ‘penyondol’ sewaktu dia masih bergelar isteri pelakon terbabit.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply