Kerana suka dan kerap makan ayam goreng, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun kini terpaksa jalani dialisis seumur hidup.
Menurut doktor nefrologi yang merawatnya, Hong Yongxiang, kanak-kanak itu membeli ayam goreng setiap kali selepas waktu sekolah menggunakan duit belanjanya dan dianggarkan telah memakan lebih daripada 200 ketul ayam goreng dalam tempoh setahun.
Kanak-kanak itu menghidap glomerulonefritis kronik disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak dan garam yang tinggi, menyebabkan fungsi ginjalnya merosot dengan pantas.
Bahaya guna minyak banyak kali
Bukan hanya tinggi kalori, Hong turut menerangkan bahawa minyak yang digunakan berulang kali juga menghasilkan banyak bahan berbahaya seperti hidrokarbon aromatik polisiklik, amina heterosiklik, akrilamida dan logam berat yang mengancam fungsi ginjal dan kesihatan seseorang itu.
Hong turut mengingatkan tentang kepentingan kesihatan ginjal dan menasihati orang ramai untuk tidak makan makanan yang tinggi gula, garam, kalori dan minyak terutamanya makanan yang diproses, logam berat dan plastik.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply