[VIDEO] Lelaki 54 Tahun Meninggal Dunia Ketika Syok Berdangdut Atas Pentas

Baru-baru tular beberapa video memaparkan seorang lelaki rebah di atas pentas ketika hendak mendendangkan lagu dangdut dalam satu majlis di Indonesia.

 

Rebah atas pentas masa berdangdut

Memetik laporan Tribunews, mangsa yang berusia 54 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan mangsa yang memakai baju berwarna kelabu dan berkopiah naik ke atas pentas. Mangsa kemudian menari mengikut rentak lagu sebelum tiba-tiba rebah.

Walau bagaimanapun, kumpulan orkestra dilihat meneruskan persembahan sementara beberapa pengunjung membantu mengangkat mangsa.

Kita semua sama-sama berdoa memohon kepada Allah SWT mudah-mudahan diberikan yang terbaik dan diberi kesembuhan., Mungkin penat, mudah-mudahan cepat sembuh.

Namun belum sempat dibawa ke hospital, mangsa disahkan meninggal dunia. Hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa menghidap penyakit jantung dan baru pulang dari mendapatkan rawatan kesihatan di Sumatera Barat.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:youtube

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*