[VIDEO] Rozita Ibrahim ‘Buka Mulut’ Dakwaan Guna Ilmu Hitam Untuk Cantik – ‘Jika Fitnah Yang Melampau, Undang-Undang Ada’

Usahawan terkenal Rozita Ibrahim memberi respons terhadap seorang individu yang mendakwanya mengamalkan ilmu syirik.

 

Menerusi sesi siaran langsung, salah seorang pengikut Rozita mengajukan soalan berkenaan individu yang mendakwanya itu.

Tidak cepat melatah Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita berkata, dia tidak kisah akan tindakan individu tersebut sambil meninggalkan nasihat tentang keperibadian diri seseorang.

Biarlah dia, dia nak buat apa pun biar..janji di gembira.

Orang yang tak ada identiti dia akan sibuk bercerita tentang orang lain. Orang yang bijak dia akan fokus dengan keburukan dia untuk memperbaiki diri dia.

Kalau nak menjadi seorang yang terkenal dalam media sosial atau pun yang nak mengajar ilmu, dia tidak akan mengejar populariti.

Dalam masa yang sama, ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu mengingatkan bahawa setiap tindakan yang melampaui batas boleh dibawa ke muka pengadilan.

Dia ada hak untuk bercakap tentang buruk saya, sebab itu pilihan dia. Jalan mana yang dituju? Kalau jalan dia nak memburukkan saya untuk dapat publisiti itu hak dia.

Tetapi jika fitnah yang melampau, undang-undang ada.

Kalau undang-undang itu ‘manis’ untuk dia, dia rasa orang ini sabar ada had.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempertahankan Rozita malah memuji keberkesanan produk yang diusahakannya.

Terdahulu, terdapat seorang individu mendakwa Rozita menggunakan ilmu hitam dan batin yang menyebabkan dia kelihatan cantik walaupun sudah berusia 60 tahun.

Invidu tersebut meminta orang ramai untuk tidak obses dengan Rozita dengan mendakwa kejelitaannya bukanlah kerana produk yang dijual tetapi mengamalkan ilmu syirik.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok JRM Holistik Malaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*