Buat dekorasi sambut hari jadi, gadis2 dikecam tinggal sampah tengah bendang

Sekumpulan gadis dilihat buat dekorasi sambut hari jadi di kawasan tengah bendang menerima kecaman hebat apabila video selepas mereka pulang tular kerana meninggalkan sampah sarap merata-rata.

Rakam dari jauh gelagat sambut hari jadi

Menerusi perkongsian TikTok milik Fiza Husin, dia telah berkongsi video sewaktu sekumpulan gadis menyambut hari jadi dengan dekorasi cantik di kawasan yang memang menjadi tarikan orang ramai.

Seusai sambutan tersebut, dia telah bergerak ke kawasan terbabit dengan melihat banyak sampah sarap yang ditinggalkan tanpa rasa bersalah.

 

Buat dekorasi sambut hari jadi, namun mentaliti kelas rendah

Menurut pengguna TikTok itu, sikap tidak bertanggungjawab mereka sememangnya satu mentaliti kelas rendah kerana sesuka hati melakukan tindakan pencemaran lebih-lebih lagi di kawasan kampung.

Ujarnya, jika perkara tersebut berterusan berlaku, bimbang orang kampung akan mulai memagari kawasan berkenaan dan mengenakan bayaran supaya orang ramai lebih peka dengan kawasan terbabit.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*