Pak cik buka baju dipakai beri pada gelandangan kesejukan terkena hujan

Video seorang pak cik buka baju dipakai dan beri kepada seorang gelandangan yang kesejukan disebabkan terkena hujan telah menyentuh hati ramai.

Sikap mulia jadi perhatian

Menerusi posting yang dibuat oleh Afhi Affandy, dia telah berkongsi momen seorang lelaki berusia dikenali sebagai Tuan Hj Wan Alamshah yang sanggup membuka jubah yang dipakai untuk diserahkan kepada seorang gelandangan di tepi jalan.

 

Pak cik buka baju dipakai, beri pada gelandangan tepi jalan

Menerusi posting yang dibuat, pengguna TikTok itu mengatakan yang sikap lelaki terbabit memang menjadi contoh tauladan kepada mereka kerana sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Ujarnya, Tuan Hj Wan Alamshah kerap berpesan supaya sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan termasuklah membuat orang lain tersenyum.

Pak cik buka baju dipakai, beri makanan kepada gelandangan

Selepas memberikan baju yang dipakai di bahagian dalam jubah tersebut kepada gelandangan berkenaan,  lelaki berkenaan telah membekalkan makanan kepada individu yang dibantu untuknya mengalas perut.

 

Situasi yang cukup ringkas itu sememangnya menyentuh hati ramai dan memberikan maklum balas yang positif selepas ia dikongsikan di media sosial.

 

 

Semoga menjadi contoh kepada anak muda

Rata-rata warganet begitu terharu dengan sikap pak cik tersebut dan memuji tindakan mulianya terhadap gelandangan berkenaan.

Mereka juga mendoakan agar pak cik tersebut terus dimurahkan rezeki dan segala urusannya dipermudah memandangkan sikapnya yang begitu baik tanpa mengira pangkat ataupun kedudukan.

Beliau sentiasa pesan untuk santuni orang susah

Selagi baju tu di pakai, selagi itulah pahala mengalir

Semoga rezeki pak cik terus lancar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok Afhi Affandy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*