“Ulang-Ulang Tengok, Berbunga Hati Kita” – Bella Astillah Satu ‘Frame’ Dengan Muaz Zabir, Netizen Bagi ‘Green Light’

Terbaru, pelakon Bella Astillah dan Muaz Zabir telah mencuri perhatian netizen selepas muncul dalam satu video bersama-sama setelah isu ‘panas’ mengaitkan nama mereka timbul sejak April lalu.

Bella dan Muaz bertentang mata

Dalam video pendek yang dimuat naik oleh pihak TV3 Malaysia, Muaz dan Bella dipertemukan bagi mempromosikan drama mereka iaitu Leha Leya Lawa di Karnival Jom Heboh yang kini sedang diadakan di Dataran MITC, Melaka.

“Semoga berjodohan Muaz Zabir dengan Bella Astillah. Suka sangat tengok mereka berdua.”

Demikianlah antara komen positif netizen yang mencuri perhatian apabila pelakon Bella Astillah dan Muaz Zabir bertentang mata dan bergandingan buat pertama kali selepas kontroversi yang melibatkan mereka pada April lalu.

 

Dapat dilihat dalam video tersebut, kedua-duanya sempat bermain satu permainan bersama peminat bertuah bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Netizen gembira

Pertemuan mereka sangat disambut baik oleh peminat serta netizen yang lain, di mana di ruangan komen hantaran terbabit, ramai meluahkan rasa gembira melihat Bella tersenyum bersama Muaz.

 

Malah, ada yang berkata diri mereka melihat video tersebut berulang kali kerana tidak puas melihat kecomelan kedua-dua selebriti itu apabila bersama.

 

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, pernah tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau pernah bermain cinta dengan Muaz untuk mencetuskan rasa cemburu bekas suaminya, Aliff Aziz, yang ketika itu berlaku curang dengan wanita lain.

Kontroversi tersebut tidak memudarkan semangat kedua-dua pelakon ini, malah mereka kini tampil lebih akrab dan disenangi oleh para peminat.

Rata-rata peminat mendoakan agar hubungan antara Bella dan Muaz berterusan dan diberkati.

“Ada yang terluka tetapi bukan terkena pisau. Semoga Bella berbahagia bersama Muaz,” tutur seorang lagi peminat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*