“Tiada Privasi, Komitmen Besar” – Rasa Anak Membebankan, Pasangan ‘Childfree’ Bahagia Hidup Berdua

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai pasangan yang sudah berkahwin tetapi tidak mahu mempunyai zuriat sendiri atau dipanggil sebagai childfree ini menjadi topik di setiap platform media sosial.

Bahkan, ramai juga pendakwah-pendakwah di luar sana memberi pandangan mereka mengenai topik ini.

Pasangan rasa anak membebankan

Baru-baru ini, melalui platform TikTok, pasangan yang sudah berkahwin ini menjelaskan alasan mereka tidak mahu mempunyai anak sendiri sampai bila-bila.

Kata pasangan itu, mereka sudah merancang untuk tidak memiliki anak sebelum berkahwin lagi kerana memikirkan komitmen bakal bertambah jika mempunyai zuriat.

Tahu tak anak ni membebankan bagi saya, bagi kami lah, sebab saya ni career woman dan suami saya pun bekerja dan masing-masing tak ada masa dengan anak.

https://www.tiktok.com/@kool101my/video/7377565347978792210

Bahagia hidup berdua

Menurut si isteri, mempunyai suami disisi sudah cukup untuk membuatnya bahagia dan dalam pada itu, si suami juga berkata banyak yang perlu dikorbankan seperti masa serta perlu elak bergaduh di depan anak-anak.

Itu yang kita fikir macam susah sangat untuk kita, privasi kita cukup lah kita berdua saja.

Biarpun sedar pandangan mereka ini akan dikecam, tetapi pasangan tersebut sama sekali tidak mengambil endah dan merasakan mereka berhak untuk membuat keputusan sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*