Wanita Luah Rasa Syukur Selepas Bercerai Dengan ‘Influencer’ Terkenal, Panas Baran & Selalu ‘Naik Tangan’ – “Masa Bercinta Dulu…”

Betul katanya, kita tak akan kenal dan nampak perangai sebenar seseorang itu sehinggalah selepas berumah tangga dan tinggal bersama.

Perkongsian seorang wanita menerusi panggilan telefon ke stesen radio meraih perhatian ramai selepas dia meluahkan rasa syukur apabila kini akhirnya sudah berpisah dengan bekas suami.

Menerusi hantaran di era.je, wanita itu berkata bekas suaminya merupakan seorang pempengaruh yang agak terkenal di TikTok namun enggan mendedahkan lebih lanjut tentang identitinya.

Masa bercinta lain

Ceritanya, mereka mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini selepas tiga tahun menyulam cinta namun bak kata peribahasa, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

 

Lelaki yang dikahwininya itu mula menunjukkan taringnya seawal hari pertama bergelar suami isteri.

Awal perkahwinan I happy. Waktu couple dia tak ada tunjuk langsung simptom yang dia kuat pukul, suka maki. I pernah masak, dia buang makanan tu depan mata I.

Rupa-rupanya, pempengaruh tersebut seorang yang panas baran dan suka ‘angkat tangan’ terhadap isterinya itu sehinggakan ibu mentuanya sendiri nampak kesan lebam pada bahagian badan anaknya.

 

Rasa kehilangan tapi…

Selepas beberapa bulan dia membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka dan katanya meskipun rasa kehilangan namun wanita itu akui kini lebih bahagian dan gembira selepas keluar daripada situasi berkenaan.

 

 

Lebih baik rasa sakit kehilangan daripada sakit dipukul, kan?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*