“Saya Tak Pandai Berlakon, Tak Pandai Menangis Depan Kamera” – Ruhainies Nafi Tak Sensitif, Terharu Wartawan Hadir Ke Mahkamah“Saya Tak Pandai Berlakon, Tak Pandai Menangis Depan Kamera” – Ruhainies Nafi Tak Sensitif, Terharu Wartawan Hadir Ke Mahkamah

Susulan hadir ke mahkamah dalam keadaan tenang dan tersenyum lebar, pelakon Ruhainies teruk dikecam oleh netizen dan ramai merasakan dirinya tidak sensitif.

Tak mahu menunjuk menangis depan kamera

Namun begitu, Ruhainies menyangkal dakwaan bahawa dirinya tidak sensitif sewaktu menghadiri perbicaraan kes berkaitan dengan khalwat.

Kata Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia tidak pandai berlakon dan tidak mahu menitiskan air mata di hadapan kamera semata-mata mahu menunjuk.

Kata Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia tidak pandai berlakon dan tidak mahu menitiskan air mata di hadapan kamera semata-mata mahu menunjuk.

 

Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini.

Tak datang bersama Aliff

Dalam pada itu, aktres itu turut menjelaskan dakwaan datang bersama pelantun lagu Sayang Sayang dan memberitahu, ia sekadar kebetulan, di mana mereka hadir di mahkamah di waktu yang sama.

Kami datang asing cuma waktu tiba di mahkamah sahaja sama dan kami parkir berdekatan secara berdekatan.

Sekadar info, Ruhainies dan Aliff Aziz mengakui tidak bersalah di hadapan hakim atas tuduhan khalwat yang berlaku di kondominium yang terletak di ibu negara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*