Kembali Mencuri Tumpuan Peminat, Nonny Nadirah ‘Shave’ Kepala Hingga Botak Pula

Pelakon Nonny Nadirah kembali mencuri perhatian peminat apabila dia tampil dengan video baru di Instagram.

Dalam video tersebut, Nonny dilihat memotong rapat rambutnya sehingga menjadi botak.

 

Nonny tampil berimej baru

Dia juga bertindak menutup ruangan komen hantaran Instagram tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warga maya.

 

Mungkin ingin mencuba gaya baharu, diharap Nonny berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sebelum ini, pelakon drama Melankolia itu pernah tampil berhijab secara penuh dan mendakwa telah mengalami gangguan akibat disihir sejak tiga tahun lalu.

Sekadar info, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka namun hanya bertahan selama setahun.

Dia kemudian menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Niezam Zaidi namun putus di tengah jalan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*